Tag Archives: jakarta

Banjir Kanal Barat


Banjir Kanal Barat

Originally uploaded by HanHisham

Pemandangan sebahagian dari Banjir Kanal Barat (Kali Malang) yang terletak berhampiran stesen Transjakarta (BRT) Dukuh Atas. Jika tak silap…gambar ni diambil sekitar Jalan Sultan Agung.

Perhatikan landscaping yang dibaik pulih dengan penanaman beberapa batang pohon…

Advertisements

Leave a comment

Filed under Asian cities

Lagi tentang Jakarta East Flood Canal…

Jakarta Flood Canal pada mulanya direka oleh pakar dari Belanda, Prof H van Breen sejak tahun 1920 lagi. Ia kini dikenali sebagai Banjir Kanal Barat (BKB) yang  bertujuan untuk memecahkan aliran Sungai Ciliwung yang merentasi tengah-tengah kota Jakarta.

Salah satu aliran Sungai Ciliwung - photo by Wibowo Djatmiko

Kawasan sekitar Jakarta sebenarnya telah lama dilanda banjir sehingga catatan sejarah menyatakan pernah seorang raja pada zaman Kerajaan Tarumanegara yang memerintah pada abad ke-5 menggali beberapa batang sungai untuk mencegah banjir.

Kerja-kerja pendalaman Banjir Kanal Barat

Pembuangan lumpur di BKB

Idea untuk membangunkan Banjir Kanal Timur (BKT) sebagai sambungan kepada BKB telah diwar-warkan sejak tahun 1970-an lagi namun tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa kerenah.

Namun Jepun melalui Japan International Cooperation Agency (JICA) telah membentangkan 2 kertas kerja, “The Study on Urban Drainage and Wastewater Disposal Project in the City of Jakarta” tahun 1991, dan “The Study on Comprehensive River Water Management Plan in Jabotabek” pada 1997 adalah titik tolak perlaksanaan projek BKT yang sedang berjalan ini.

Leave a comment

Filed under Asian cities

Kisah sungai di Jakarta…

Sering kali sungai-sungai sekitar Jakarta dan bandar-bandar sekeliling dikaitkan dengan sampah dan pencemaran teruk. Namun inisiatif Kerajaan Indonesia untuk mendapatkan pinjaman Asian Development Bank sebanyak US$500 million, bertujuan untuk membersih dan menjadikan sungai sebagai sumber air bersih perlu dipuji. Tidak mudah untuk menukar mentaliti penduduk yang menjadikan sungai sebagai tapak pembuangan sampah kepada satu sumber rahmat yang perlu dihargai.

Bukan hanya itu, sebagai langkah mengelakkan banjir di Jakarta, Republik Indonesia giat membangunkan Banjir Kanal Timur (BKT) or Jakarta East Canal yang membuka laluan air seterusnya dijadikannya sumber air dan mungkin rekreasi. Tidak seperti kita yang membangunkan SMART Tunnel sebagai penyelesaian masalah banjir di Kuala Lumpur, tetapi inisiatif membina terusan (canal) bagi saya lebih baik. Ada pros and cons lah sebenarnya, cuma saya prefer canal sebab ia ada kena mengena dengan landscaping dan lifestyle masyarakat di sekeliling yang bergantung kepada sungai. Let saya, jika lepas siap BKT nanti, penduduk sekitar mungkin akan jadikan sungai sebagai transport mode yang paling cepat untuk ke satu-satu destinasi.

read more at http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=110761

the project mooted since 2004 lagi. Namun pelbagai kerenah dan urusan tertentu melambatkan kerja-kerja.

Update as of January 2010:

Banjir Kanal Timur overlooking Jakarta

Canal Crossing

Sumber baru air bagi penduduk sekitar

photos taken from Kompas.com

6 Comments

Filed under Asian cities